Salam.
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...
Dengan rasa syukur dan rendah hati, alhamdulillah kini bakedecorate2u berusia setahun.
Terima kasih Ya Allah kerana telah mempermudahkan segala urusan...
Tiada ucapan dan kalimah yang lebih bermakna apabila baru-baru ni bakedecorate2u disiarkan di dalam kosmo oleh wartawan Shahni Farhana bertanggal 11 mei 2009, dengan ini juga saya dapat memperkenalkan Canglun walaupun saya bukan berasal dari Canglun tapi mungkin rezeki saya di sini. Sekali lagi alhamdulillah syukur ya Allah...ketika ni saya masih di kuala lumpur berkursus gumpaste flower. Saya tersedar apabila menerima panggilan dari k.ana yang memaklumkan perkara berkenaan. Tqvm k.ana.
Terima kasih di atas ucapan dan kata-kata tahniah dari rakan-rakan di luar sana, maaf saya tidak dapat membalas segala sms semua itu kerana hand set saya kehabisan bateri dan secara kebetulan saya terlupa membawa charger. Terima kasih sekali lagi di atas sokongan dan dokongan yang diberikan. Doa saya mudah-mudahan kita sama-sama melangkah dan terus melangkah untuk menghasilkan produk-produk yang dihasilkan oleh tangan-tangan islam...ianya satu kebanggaan untuk semua sebenarnya...
Selama setahun saya bergelumang di dalam bidang ini, macam-macam yang saya rasa secara realitinya, ada yang manis, masin, masam, pahit dan kelat...itulah asam garam dunia berbaking...dan hakikat dunia baking ini. Saya telan dan saya simpan semuanya dan jarang sangat saya ceritakan tetapi alhamdulillah Allah dan suami adalah tempat saya mengadu dan menjadi rujukan. Terima kasih ya Allah yang sentiasa memahami dan mengurniakan saya seorang suami yang sentiasa menjadi tulang belakang saya. Mudah-mudahan saya menjadi hamba yang sentiasa ingat dan bersyukur...
Saya sangat bersyukur juga dikurniakan kawan-kawan dalam dunia baking, pelanggan-pelanggan yang sentiasa menyokong, serta kawan-kawan di luar sana yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung. Kalau hendak disebut satu persatu banyak sangat. Terima kasih di atas segala bantuan, ilmu, doa dan ingatan. Doa saya juga mudah-mudahan Allah sentiasa memberikan sesuatu yang terbaik untuk kita semua...dan Allah sentiasa memandu apa yang kita kerjakan Insyaallah.
Akhir kata, saya hanya insan biasa yang banyak kelemahan, kekurangan dan mohon maaf kiranya ada salah dan silap, dan yang sempurna serta terbaik hanyalah dari Allah....serta doa untuk kalian sentiasa bersama saya insyaallah.....
Wassalam.


9 comments:
kak Rani...
saya teringin nak order cupcake akak buat bakal mak mertua kat aloq staq... nnt saya sent details naa...
wahhh, glamer akak masuk paper kosmo... saya sentiasa doakan akak murah rezeki...
Happy 2st birthday to Cupcakes changlun! Hehehe.. glemer nooo...
Silap taip.. 1st patutnya...
amboi.... glamer la canglun lepaih nih.....kikiki....
glamer hhang no....
satgi hang frame paper tu bubuh kt dinding....
aku tumpang seronok....
Doa aku, semoga hang terus success, aku pun success gak....hihi...dan semoga sama2 boleh berkongsi resepi cake & suka duka dlm mendeko kek nih....
hehee..mangganya saya sebagai org kedah...hehe..walopun jauh 30minit dari changlun.semoga k.rani di murahkan rezeki dan berjaya serta diberkati Allah. Teruskan usaha anda!! - anisah
uihhh...aku tumpang bangga nooo.... siap masuk paper tu... cayalah sahabatku yg sorang ni.... semoga rezeki hang akan terus mencurah pas ni....
ps: sapa lagi nak glamerkan changlun kalau bukan hang... bravo!! happy 1st aniversary!!! kita blh dikatakan sebaya la no......
selamat ulang tahun...seronok dapat kenal kak rani...
semoga rezeki kak bertambah2 ek...
waaa...tahniah rani masuk paper! mango tumpang bangga!
Rani,
alhamdulillah.. amat bangga melihat Rani sudah bertapak amat jauh dalam bidang ini... dan terus maju hari ke hari... bangga saya melihat anak tempatan yang bersemangat waja, tak kenal erti penat... begitu kreatif di dalam hasil deco Rani yang semakin hari semakin mengancam ..... congratulations my dear !!! Miss you so much la Rani... dah lama tak dapat cubit pipi awak yang gebu tu.... !!
all the best.. take care always...
Love,
Kak Daalia
Post a Comment