Friday, September 11, 2009

.:.salam ramadhan.:.

Posted by rani ismail at 9:36 AM
Salam....
Pertama sekali selamat meneruskan ibadah puasa...mudah-mudahan ibadah puasa kita diterima Allah s.w.t insyaallah. Pejam celik-pejam celik begitu pantasnya masa berlalu, ramadhan bakal meninggalkan kita...entah sempat entah tidak berjumpa ramadhan akan datang, mudah -mudahan berjumpa lagi insyaallah...

Projek biskut raya
Mungkin ada yang bertanya dan tertanya, ke mana rani....tak pi mana pun, masih ada meneruskan apa yang dirancang sepanjang Ramadhan ini. Seperti biasa menyiapkan tempahan biskut raya, alhamdulillah dan syukur Allah telah mempermudahkan segala-galanya seperti dirancang. Biskut yang ditempah akan mula diedar pada 14hb september 2009, mudah-mudahan biskut-biskut yang rani hasilkan memenuhi citarasa yang anda harapkan insyaallah. Rani cuba memberikan yang terbaik untuk anda, terlebih terkurang rani sentiasa memohon kemaafan dari anda kerana saya insan biasa yang tidak sunyi melakukan kesilapan...bagi yang membuat tempahan tetapi rani terpaksa tolak insyaallah tahun hadapan rani akan menambah tenaga kerja.
Tarikh edar biskut raya bermula 14 - 19 september 2009 (sehingga jam 8 pg)

Back dated order
Mohon maaf juga bagi yang menunggu new entry tempahan kek yang telah dibuat. Insyaallah setelah selesai beberapa perkara lagi rani akan upload. Harap sabar ya...

Tempahan kek raya
Tempahan sempena kek raya masih rani buka...yang ingin menempah harap membuat tempahan segera ya. Waktu pick up (kek atau biskut) terakhir adalah pada 19hb september awal-awal pagi. Tempahan kek dibuka semula selepas raya bermula pada 23hb september.
Tarikh tempahan bermula 13 september dan
tarikh ahir tempahan pada 15 september 2009

harap maklum, wassalam.

*sekiranya ada sebarang pertanyaan bole juga ke my facebook.
*nanti rani apdet gambar biskut...jumpa lagi...

1 comments:

Kmal on September 14, 2009 at 3:16 PM said...

Selamat menjalani ibadah puasa dan
Selamat menyambut Hari Raya..maaf kiranye ada kmal terkasar bahasa... kmal balik kg MIL Tampin..raya ke 3 balik Asetar...kalau ade kat Asetar...rani singgah le rumah.

 

Rani Canglun Delights Copyright © 2010 Designed by Emila Yusof