Wednesday, February 25, 2009

.:.birthday cuppies.:.

Posted by rani ismail at 12:26 AM 6 comments
Order dari afifah[kawan ez], khusus untuk harijadi ibunya di JKR elektrik cawangan mergong, feedback pon alhamdulillah...next time order lagi ya ifah!!! tqvm


strawberry cuppies
topping with bc
25 pcs
s size


.:.new cutter.:.

Posted by rani ismail at 12:07 AM 0 comments
Baru-baru ni RaNi pi kedai bahan kek kat sini dan ternampak ada new cutter, so RaNi beli seketui....dalam ni ada 11 ketui dan harganya RM52.80 sahaja. Kalau sapa-sapa yang berminat nk minta tlg rani belikan bole ja...sms me ya...

Tuesday, February 24, 2009

.:.my sebeday cheese cake.:.

Posted by rani ismail at 11:20 PM 6 comments
11 Feb 09 my sebeday...
Finally dapat jugak buat sebeday kek untuk diri sendiri...alhamdulillah. Kepada aimi, k.tun, che pah, k.zue, k.zati, k.farah, ita dan lain-lain tu TQVM ya di atas ingatan dan doa kalian....mudah-mudahan dimakbulkan insyaallah...



cheese cake
topping with blueberry + strawberry
4"


hadiah??? hehehe salah satu electrical appliances yang digunakan untuk rumah b*** RaNi, alhamdulillah, dapat juga wish list ni....

.:. birthday cuppies & oreo blueberry cheese cake.:.

Posted by rani ismail at 10:01 PM 1 comments
ez, one of my followers. Comel, cantik, manis, putih gebu, senang berurusan dgnnya..dua set yang diorder, satu set cuppies birthday untuk bf nya, Rabbit dan satu lagi cheese cake untuk bakal mentuanya...

ez minta RaNi hantar ke Jitra, ke Mahligai Cemara Enterprise. Bawa kereta lebih lambat dari kura-kura!!! hahaha...alhamdulillah semuanya sampai dgn selamat, lega rasanya!!! feedback pon alhamdulillah...kalau nk, order lagi ya!!! TQVM ezy!!!


utk raBBiT tercinta.....

u...

u & me

special for u my dear...

chocolate moist cuppies
varieties topping
25 pcs
s size




oreo blueberry cheese cake
1.8kg
9"

.:.birthday cake.:.

Posted by rani ismail at 9:37 PM 2 comments
Banyak kesalahan yang RaNi buat pada kek little einstein ni sehinggakan lewat siapnya. Ada-ada saja yang tak kena, Hampir maghrib baru siap. Maaf banyak-banyak ya nurul, my loyal customer...kadang-kadang kek ni ada hari dan ketikanya jugak, macam mood manusia jugak...hehehe

Seperti permintaan nurul, RaNi buatkan kek little einstein untuk birthday Aqiel yang ke 3, Terima kasih banyak-banyak kerana masih sudi order dgn RaNi. Selamat ulang tahun yang ke 3 ya Aqiel!!!




Vanilla sponge cake
topping with bc + m&m + gummy
filling with bc + choclate ganache + strawberry filling
10"

Monday, February 23, 2009

.:.birthday cuppies.:.

Posted by rani ismail at 10:59 PM 2 comments
Hati terasa sungguh ceria dan gembira ketika mendeco cuppies ni...seceria cuppies ni seceria hati saya...itulah yang hendak digambarkan...

"K.rani bole tak campur-campur design?, dan saya nk cuppies yang ada topping sweet kat atas nya sebab untuk birthday dan nk bg kat budak-budak" boleh balas rani ringkas, tapi mahal sikit ya. Farah setuju, dan satu lagi permintaannya nak 10 pcs yang ada stoberi...

Ketika datang pick up, "silap tak order lebih" itu yang terpacul dari mulut farah, mama kepada Wan Alya Humaira yang menjadi birthday girl. Jelas kelihatan kegembiraan wajah farah ketika menatap cuppies ini...TQVM ya farah!!!

set pertama



set kedua


chocolate moist cuppies
topping with bc + varieties of sweet
50 pcs
s size




Sunday, February 22, 2009

.:.bakedecorate2u location.:.

Posted by rani ismail at 12:19 AM 0 comments

alamat pick up location: 28 Tmn Seraya 06010 Canglun, Kedah


Friday, February 20, 2009

.:.Pengumuman-pengumuman.:.

Posted by rani ismail at 12:20 AM 0 comments
Salam kepada pengunjung dan customer,
Ada beberapa perkara yang RaNi nk maklumkan di sini:

1. Perubahan pick up location ke No 28 Taman Seraya 06010 Canglun Kedah. Landmark taman ini bersebelahan Pencawang TNB Canglun.
2. Untuk sebarang pertanyaan dan response segera sila call atau sms. Sekiranya RaNi lambat response harap sabar ya. Response dari mail agak lambat ketika ini kerana di rumah b**u blom ada net.
3. Perkhidmatan penghantaran kini diwujudkan. Penghantaran hanya pada hari cuti hujung minggu sahaja @ pada hari yang RaNi free. Kos penghantaran dikenakan.
4. Bagi order untuk perkahwinan @ order yang besar sila buat pengesahan awal tentang tarikh yang dikehendaki. Tempahan akhir sila elakkan.


Terima kasih, kerjasama anda amat RaNi hargai...TQVM
Wassalam.

Thursday, February 19, 2009

.:.kek jubli perak UUM.:.

Posted by rani ismail at 12:14 AM 4 comments
Sangat adhoc order. Pukul 4.45 petang order, esok pukul 6.00 petang nk ambil....Huwaaaa....10kg wei, cekelat moist pulak tu, memang sangat berat, angkat dua belah tangan ketika nk terbalikkan dari acuan pon terketaq-ketaq di sebabkan terlalu berat, takut jatuh la, pecah la....dah la my dear hubby tak dak kat rumah, kalau ada bole la tolong angkat dan kalih pi mai pi mai...

Tetapi disebabkan menyahut cabaran Cik Suraya[PRO UUM] jadi rani buat juga as a challenge walaupun mulanya nk ditempah dari orang lain yang masing-masing menolak kerana memberi alasan tak sempat. Tapi I rasa sempat kata cik suraya, rani congak-congak pon sempat cuma masa tidur perlu saya korbankan...

Bersengkanglah mata sehingga jam 5.30 pagi sehingga selesai membakar dan kek terus dianginkan supaya cepat sejuk, lepas tu baru rani tidoq selama 2 jam sebab takut blur pulak!!! then setelah selesai semua apa yang patut dalam pukul 8 start deko sampai pukui 6.30 ptg tanpa henti...hahaha ini lah kek yang rani deko tanpa ada rest dan henti!!! pecah rekod rasanya!!! dan setakat ni kek yang paling besaq penah rani deco

Masa duk melicinkan bc untuk pertama kali pon bc ni macam tak mau licin...lopak sana lopak sini, dah la mengejar masa, tension la macam ni...hati rani berdetik, kek ni tak mau cantik apa...then usaha untuk melicinkan kali kedua bermula sambil rani usap dan berbisik" kek hang jadi elok dan licin ya..." alhamdulillah semakin licin nampaknya!!! usaha untuk melicinkan untuk kali ketiga dan ke berapa dihentikan kerana tangan dah tak bole nk angkat kek untuk set kan semula dlm freezer...jadi decolah sampai siap!!!!!

Kek ni dijadikan hadiah dan suprise kepada staff dan student UUM yang lahir pada tarikh yang sama pada hari UUMd itubuhkan, so Hepi Besday semua!!! TQVM UUM!!! untuk jubli emas order lagi ya!!!




chocolate moist cake
filling with ganache
topping with bc
13" x 21" x 3"
10 kg

Wednesday, February 18, 2009

.:.oreo baked cheese cake.:.

Posted by rani ismail at 11:12 PM 2 comments
Kali ni teringin pulak nk makan cheese cake, maklum la dah tak lama lagi nk bersalin...takut-takut tak dan nk makan, kesian k.fiza, my loyal and supported customer...TQVM!!! amacam dah puas makan kek tu??

oreo baked cheese cake
topping with choc ganache
7"
1kg

.:.cuppies cinta.:.

Posted by rani ismail at 10:13 PM 8 comments
Pemberian istimewa dari isteri kepada suami tercinta... dari eina kepada zam. Moga Cinta dan kasih sayang kalian sentiasa mendapat rahmat dari Allah hingga ke akhirnya...Insyaallah...

Rupa-rupanya eina ni my cousemate kt UPM dulu...hehehe, keciknya dunia!!!! TQVM iena, kata eina "sedap dan sayang nk makan" hahaha lawak la!!!





chocolate moist cuppies
varieties topping
25 pcs
s size




.:.Fondant cake class with k.miss.:.

Posted by rani ismail at 9:06 PM 1 comments
Sangat puashati. Itu konklusi yang paling tepat. Bukan ayat mengampu tapi adalah fakta. Antara impian yang sudah tercapai apabila dapat 'berguru' dgn k.miss. Sepertima mana detailnya kek beliau begitu juga apabila k.miss menurunkan ilmunya. Seorang yang sangat detail dalam pengajarannya bole dikatakan. "k.miss kalau tak silap telahan rani k.miss mengajar dari hati kan?? TQVM k.miss...

Mengatur langkah ja ke rumah k.miss disambut oleh dua ekor kucing yang sangat gebusss rasa nk picit ja pipinya...hahaha, yang paling ralat dan masih terkenang-kenang hingga ke hari ni tak dapat nk amik gambar si gebusss itu!!!! huwaaa...next time ok!!!

"Rumah k.miss ni licin macam kek k.miss la" terpacul kata-kata itu dari mulut rani, kelicinan kek beliau telah ditransfer ke rumahnya, licin, kemas, susunan yang teratur, ada hiasan dan juga ada ROSES!!! betul tak geng??? Hahaha cukup dulu, nanti marah k.miss!!!

Kali ni geng-geng yang bersama-sama menggamatkan suasana adalah aimi, che pah, ita, k.aishah, k.daalia, k.farah dan RaNi. Hiruk pikuk, riuh rendah, kelam kabut, carca merba dibuatnya, hahaha...nampaknya k.miss macam agak terpening dgn gelagat dan aksi kami yang sebegini bila bertemu setahun sekali!!! macam raya la pulak!!! apapun tanggungjawab tetap kami realisasikan...

Sungguh indah sekali suasananya kalau kalau dapat dilukiskan...tinggal kenangan dan memori, demi cita-cita dan semangat yang sama Allah mempertemukan kita...alhamdulillah...bertemu lagi kita di Mac depan...insyaallah...





Tuesday, February 17, 2009

.:.Fondant cake class with yasmin.:.

Posted by rani ismail at 9:02 PM 5 comments
Lama sungguh tak mengapdet...maklumla kat rumah b*** blom ada streamyx. Lambat sungguh geng TM tu nk mai pasang nih...rasa nk bebai pon ada...adeh!!! Jom pakai 3G broadband la...

haaa ni suasana masa RaNi pi kelas basic fondant cake kt penang ari tu sebelum pi kl...kelas bersama k.min. Sebenaqnya pi kelas ni nak dapatkan beberapa 'benda' yang belum dapat lagi...alhamdulillah dah dapat...TQVM k.min, next time kena cari tempat yang lebih besaq la k.min, sesak kita hari tu kan!!!!





Wednesday, February 11, 2009

.:.wedding gift.:.

Posted by rani ismail at 1:10 AM 3 comments
iejat & ita...wedding gift ditempah oleh azieta [UUM] untuk hari bahagianya...semasa datang pick up, inai dah ditempek dijari...manis sungguh bakal raja sehari...tunggu masa dan tika untuk dirai, untuk izin ijab berwali...TQVM sudi order ngan k.rani, ita mintakan rani buat wana coklat, wana tema bg weddingnya, janji ada nama tu yang paling penting katanya...


chocolate moist cuppies
topping with bc
50 pcs
s size

*nanti sambung apdet kelas cake couse ya....

Tuesday, February 10, 2009

.:.birthday cake.:.

Posted by rani ismail at 12:44 AM 2 comments
sponge bob datang lagik!!!!....order dari Marisa[Penang] untuk naufal akif 2 years...seronok tengok SB ni sentiasa ceria saja!!! hepi birthday sayang....TQVM taw!!!



chocolate sponge cake
filling with chocolate ganache
topping with bc + m&m +piping jelly
2kg


.:.cuppies hantaran.:.

Posted by rani ismail at 12:29 AM 1 comments
Ct[merbok] terlalu terlalu obses dgn roses gulung....saya berkenan yang rose gulung, nk design yang simple ja untuk majlis bertunang...rani tanya nk wana apa??? pening jugak ct nk menjawab...akhirnya rani tanya suka wana apa?? pepel jawabnya...ok so kita buat pepel then nanti rani kawankan dgn wana hat seswai...tqvm ya ct!!!




chocolate moist cuppies
topping with fondant + gumpaste + sugar decorations
16 pcs
m size


.:.strawberry cuppies & wedding cake

Posted by rani ismail at 12:06 AM 2 comments
Entry yang tertunggak...order dari Maria[UUM] untuk majlis perkahwinannya...maaf ya lambat pulak mengapdet....padahal majlisnya dah lama berlangsung...selamat berbahagia selamanya untuk Maria dan Ridzuan....tqvm


chocolate moist cuppies
topping with choc ganache + bc + strawberry
25 pcs
s size



orange moist cake
filling with blueberry
topping with buttercream
13" x 9" x 2"
4kg
 

Rani Canglun Delights Copyright © 2010 Designed by Emila Yusof