Tuesday, January 26, 2010

.:.selamat tahun baru dan produk baru.:.

Posted by rani ismail at 5:42 PM 4 comments
Salam....
Alhamdulillah syukur kehadrat Allah s.w.t dengan segala izinnya kita masih dikurniakan Allah masa dan ruang bagi merasai tahun 2010, alhamdulillah...syukur sangat-sangat, mudah mudahan masa dan ruang yang Allah berikan kepada kita manfaatkan sebaik mungkin insyaallah...2009 pergi dan bergantinya 2010, yang pastinya 2009 meninggalkan segala lipatan kenangan dan 2010 sedang dan perlu diwarnakan dgn lebih baik dan mudah-mudahan warna-warna yang terhasil bukan warna-warna yang tidak harmoni...memohon supaya Allah s.w.t menjauhkan daripada apa yang tidak diigini...insyaallah...


Jadi sejajar dgn itu juga ada produk baru utk 2010, coklat...for any accassion, home made coklat pelbagai bentuk dan perisa, insyaallah sedap dan halal. =) Anda ada pilihan sama ada nk jenis compound atau converture atau kedua-duanya...jadi kepada yang berminat nak merasai dan mencuba produk baru, pilihan ditangan anda =) serta terima kasih di atas sokongan anda yang tidak pernah putus-putus... wassalam...

pelbagai bentuk dan perisa =)

.:.makan-makan cupcakes.:.

Posted by rani ismail at 5:15 PM 1 comments
Salam...
nk yang paling simple dan murah dari segi budget...itu pinta hanis, dlm erti kata lain nk try dulu cupcake k.rani kata hanis =) ok never mind...so tqvm hanis...jumpa lagi insyaallah...k.rani suka dengar suara hanis yang serak-serak basah tu =)

.:.birthday cupcake.:.

Posted by rani ismail at 4:24 PM 0 comments
Salam...
selalu sangat bermain dgn pink kan? kali ni biru pulak la...tapi masih dalam tema warna-warna cool la...zarihan tak tetapkan warna apa utk cupcake birthday maknya cuma janji cantik ja...yang lain serah kat rani...order ni hampir terlupa, nasib baik zarihan tak pa, maafkan k.rani ya, lately ni banyak benda yang kena pikiq dan kena ambil lebih perhatian...kadang-kadang terlepas pandang...maaf ya...=)...apa-apa pun terima kasih di atas order yang telah dibuat....

.:.kelas wedding cake.:.

Posted by rani ismail at 2:05 PM 2 comments
Salam...
Kelas wedding cake kali ni disertai oleh salwa dan fiza...fiza ni pun minat sungguh dgn roses ni...ada saja komen dia kalau pasal roses ni...jadi kali ni fiza join kelas tier wedding cake selepas join kelas basic cupcake haritu. Salwa pula memang bekas pelajar hotel dan katering kolej komuniti langkawi...jadi kerja-kerja ala sebegini pernah juga dilaluinya..

kelas bermula pagi dan tamat dlm 6.30 petang macam tu...ada saja topik yang diperbincangkan. Salwa kata dia nk buka kedai kek dan bakeri, mungkin kat area kodiang..
.bagus tu, insyaallah tunggu masa dan ketika akan jadi la tu...fiza pula rajin membuat flower bouquet, saya suka menggubah bunga, bila tiba musin konvo uum, saya menyewa 3 hari kedai dan menjual pelbagai bunga sempena konvo uum...insyaallah coming soon we try to make a business fiza.. ;)..insyaallah... sbb tu mereka semua bersemangat nk menghias bunga roses di atas kek! saksikan....

Salwa

fiza

siap utk "digubah" bunga



tqvm semua...hingga jumpa lagi....

.:.kelas cupcakes.:.

Posted by rani ismail at 10:46 AM 0 comments
Salam...
apabila kita rasa serasi dan sesuai kita akan lebih baik dgn seseorang tu lebih dari kawan biasa...begitulah bagi aifa dan shu, dua rakan sekuliah, sepejabat dan sekerja yang pada mulanya belajar di universiti yang sama tapi kini menjadi lebih akrab dan mesra....begitulah kisah dua rakan yang sangat mesra dan akrab ini...kedua-keduanya berkhidmat sebagai dietitian, kata mereka kami dah melanggar etika dah ni...hahahaha...tapi tak pa bukan makan banyak banyak pun...

kelas yang dihadiri oleh aifa dan shu ni penuh dengan gelak tawa....aifa pula sambil mendeko bila ok ja terkeluaq la perkataan "you know me" hahahahaha....jangan tak tau isteri doktor tu....kirim salam dkt tuan doktor nooo...manakala shu isteri kepada seorang pensyarah, pun bole tahan jugak sambil gelak dgn aifa kerjanya menjadi dan shu ni lebih fokus... ok nk tau lebih lanjut tgk gambaq kat bawah ni...

Monday, January 25, 2010

.:.birthday cake.:.

Posted by rani ismail at 6:32 PM 2 comments
Salam...
birthday cake yang bertemakan falling in love atau cinta cintun ni diorder oleh areena utk seseorang yang istimewa bagi dirinya....simple tapi tepat ma
ksudnya...hahahahaha...betul tak areena? tqvm for the order...



.:.birthday cupcakes.:.

Posted by rani ismail at 5:53 PM 1 comments
Salam...
just simple birthday cupcakes =) , dua sekali harung, cupcakes birthday utk adik dan mak =). Cupcakes ni iswardi yang order...iswardi ni klau nk order cupcakes mai sampai rumah, katanya senang hahahaha...nk buat macamana pesyen lagu tu dah...=)...tqvm iswardi...jgn lupa email k.rani pasal ur order tu...tqvm...

chocolate moist cupcakes
buttercream
s size

.:.engagement cupcake.:.

Posted by rani ismail at 4:44 PM 1 comments
Salam....
Yang ni pulak order dari ayu...ayu ni tlg family dia berniaga...sapa-sapa yang penah pi makan kat hujung bawah titi kat pekan canglun tu, tu la kedai family ayu...juai bihun sup, laksa, nasi ayam dan macam-macam lagi...sapa yang penah pi memang tau la, dan yang penah nampak pun akan tau la...so cupcake ni diorder sempena ayu nk bertunang...tqvm ayu...dah tak lama noo nk kawin... =)

.:.new born cupcake.:.

Posted by rani ismail at 12:39 PM 0 comments
Salam...
maaf terlambat siap cupcakes ni sampai kena tunggu kt rumah....maaf sangat-sangat..dah la tu lupa pulak nama dia...tapi dia juga antara kawan bb, terima kasih sbb memberi kepercayaan kepada k.rani..tqvm dear, insyaallah next time jumpa lagi....

.:.birthday cake.:.

Posted by rani ismail at 12:17 PM 4 comments
Salam...
bole agak-agak kan klau sapa yang order kek atau kapkek yang penuh dgn roses ni...tak lain dan tak bukan norul...memang peminat setia roses dan warna-warna english macam ni...tambah pulak dia pink kan...sangat la romantisssss... kek kali ni norul order bg pihak mak dia yang nk hadiahkan utk utk bosnya...so alhamdullillah, dapat buat dgn baik...dan alhamdulillah juga norul pun suka...tqvm norul yang sentiasa masih sudi menempah kek dari k.rani...tqvm for ur endless support dear =)


.:.birthday cupcake.:.

Posted by rani ismail at 11:52 AM 1 comments
Salam....
memang dah suka wana pink...bila buat cupcake wana pink ni memang lagi best la...ok ni pulak order dari student uum, utuk besday jugak tapi minta maaf nama dah tak ingat...maaf dik k.rani terlupa sangat...tapi memang dia hepi l
a bila dapat tgk cupcake yang rani buat ni...tqvm dik...

.:.birthday cupcake.:.

Posted by rani ismail at 11:36 AM 0 comments
Salam...
ni order dari adli...kawan en.kededek, balik ja dari ofis en.kededek bg tau adli nk tempah kapkek besday utk wife dia, pastu rani kata ok..dia nk yang macamana? dia nk cupcake semua buh penuh dgn love....oooo ok... tqvm adli...

hadiah dari seorang suami kepada isteri tercinta sempena hari lahir isterinya...

chocolate moist cupcakes
butttercream
s size

.:.kelas cupcakes.:.

Posted by rani ismail at 11:01 AM 0 comments
Salam...
lamanya tak apdet...kesian kt yang duk tunggu tu...maaf naa...bukan sengaja...

ok ni kisah disebalik kelas cupcake yang lalu...kali ni rina dan faizah mai belajaq...faizah pensyarah uum dan tak penah ada basic dalam bidang ni...tapi disebabkan suami dia minat sangat bidang ni, so dia la yang terima tespiasnya...hahahah seronok kami bersembang-sembang masa kt kelas ni...antara yang kami bualkan ialah kisah apabila sampai masa Dajjal akan turun ke muka bumi ni...seronok sangat tapi takut la kan...mudah-mudahan allah melindungi kita semua dari fitnah dajjal...


manakala rina pula bukan kali pertama mai kelas macam ni, sebelum ni dia penah pi belajaq kelas cupcake fondant dkt k.june, so bila dia jumpa blog k.rani dan lebih dekat rina pon mai sini la katanya...rina ni ada kacukan benggali, comei!


so ni dia cupcake yang telah mereka peragakan =)...tqvm semoga jumpa lagi insyaallah...

Thursday, January 21, 2010

.:.EMAILS.:.

Posted by rani ismail at 8:05 AM 0 comments
Salam...
Kepada pelanggan yang dihormati dan dikasihi, harap bersabar semua email rani akan balas secepat mungkin. I try my very best, insyaallah. Harap maklum, kerjasama amat rani alukan. TQVM. Wassalam.


***utk Puan Laili yang dah buat half payment utk kelas basic cupcake, please contact me ASAP. tqvm.

Sunday, January 10, 2010

.:.birthday cupcakes.:.

Posted by rani ismail at 10:52 AM 3 comments
Salam...
Minggu nk macam minggu tema bola sepak la pulak =)...bagus jugak kan sebab bole bermain dgn idea-idea tema bola dan tema yang yang lebih kepada lelaki ;)...kali ni ordr dari k.linda utk anak bujangnya yang berumur 7 tahun...rupa-rupanya k.linda ni jiran k.hajar, btw tqvm k.linda moga2 zarif suka ya!!

Friday, January 8, 2010

.:.gift cupcakes.:.

Posted by rani ismail at 9:36 AM 4 comments
Salam...
order nari nazeerah utk insan istimewanya...bertemakan me
rah dan flower...moga sentiasa merah cinta mereka...tqvvm! happy-happy selalu =)

 

Rani Canglun Delights Copyright © 2010 Designed by Emila Yusof