Wednesday, October 19, 2011

.:.LEMBUT, GEBU & SEDAP!!!.:.

Posted by rani ismail at 6:54 PM



A'ssalamualaikum...
Jam menunjukkan pukul 1.47 minit pagi...hari ni seharian berehat panjang setelah baru pulang dari berkongsi pengalaman dan minat di bengkel serta bakeri Zanaa Enterprise...Alor Pongsu, Perak Darul Ridzuan. Akhirnya dapat juga bertemu rakan sekuliah s emasa diploma dan ijazah dahulu. Zana rupanya sudah 9 tahun kita tidak berjumpa, akhirnya kerana kek dan roti kita bertemu jua...Alhamdulillah, hebatnya susunan dan perancangan Allah...

Zana sudah punyai bengkel aperantis (kek, roti dan biskut) di bawah bimbingan Jabatan pertanian negeri Perak sebenarnya, di dalam penghasilan roti dan kek zana lebih arif, berbanding saya, cuma zana memerlukan sedikit lagi ilmu dekorasi k ek manakala saya pula memerlukan ilmu dan pengalaman zana dalam bidang penghasilan aneka bun dan roti serta pengalaman selok belok bakeri dan bengkel serta hal-hal yang berkaitan... Jadi pertemuan kami memang secara "last minit" kebetulan saya punyai beberapa hari senggang, jadi peluang menambah ilmu dan pengalaman biasanya yang paling saya gemari...lagi pun dah lama tak berjumpa Zana, Kali terakhir kami bersua semasa Majlis Konvokesyen UPM pada Februari 2002, elok sangat la rasanya...tambahan pula kami dalam bidang dan aliran yang sama. "weh aku nk pi kat hang" itulah antara loghat atau bahasa yang saya gunakan semasa menghubungi zana, kata Zana "mai la, hang nak mai bila" balas saya "aku nak pi 17hb ni" balas Zana"minggu depan nk mai ni la, ha "ok" kebiasaanya seorang usahawan atau bekerja sendiri ni hari yang agak kurang sibuk biasanya adalah hari isnin dan selasa begitu la, jadi lebih senang kiranya waktu dan masa begitu kami berjumpa...kan?
=)


Berlegar-legar soalan di kepala, nk naik bas apa ya? tiba-tiba terfikir mara liner, hem ok juga, jadi saya bertolak dari Alor Star ke Parit Buntar menaiki Bas Mara Liner. Dalam kepala saya hanya memikirkan saya nak pelajari bagaimana nak menghasilkan aneka roti yang lembut gebu dan sedap, saya "zero" dlm bidang roti, dan saya rasa macam sukar untuk menghasilkan roti seperti saya idamkan. Saya tidak kisah dan apa resipinya(halal), yang pentingnya saya nk roti yang akan saya hasilkan menepati apa yang saya hajatkan, dan saya rasa Zana pun serupa, mahukan dirinya lebih pakar dlm dekorasi kek khususnya bila dapat berkongsi ilmu dan pengalaman dgn saya....walaupun saya tidak la sepakar mana, tetapi saya juga akan membantunya, insyaallah...

Pertemuan kami adalah saling lengkap melengkapi, saya sangat berpuas hati dapat mempelajari teknik menghasilkan roti dan bun yang gebu, lembut dan sedap, berkongsi tips, ilmu selok belok perniagaan bakeri dan bengkel dan sangat manfaat...dan saya juga berpeluang mencurah sedikit ilmu dekorasi kek terutama icing, fondant dan ganache, harap k ita sama-sama dapat manfaatnya...amin...dan semoga kita sama-sama berjaya, from "ZERO TO HERO" dengan matlamat Allah sentiasa bersama dengan segala apa yang kita kerjakan...

Kepada sesiapa yang berminat di sekitar Perak utk mempelajari aneka roti dan bun yang lembut, gebu dan sedap, boleh menghubungi Suzana Ismail di talian 013 4223094 (Zanaa Bakeri, Bengkel Aperantis Alor Pongsu, Perak) dan ini antara sebahagian aktiviti saya selama dua hari bersama zana, tengok la, ni zana dan saya sedang mengadun dan pelbagai aneka jenis bun dan roti...



0 comments:

 

Rani Canglun Delights Copyright © 2010 Designed by Emila Yusof