Wednesday, October 5, 2011

.:.progress hari ini.:.

Posted by rani ismail at 7:38 PM
A'ssalamualaikum...
Hari ni lewat sikit apdet progress di tapak pesta, dua tiga hari ni cuaca tidak menentu, tetapi Alhamdulillah hujan tidak berpanjangan, semua tu adalah kerjaan Allah.

Hari ni Rani terpaksa buka stall seorang diri, sbb pembantu yg lelainnya Ada kuliah, tengahari dan petang baru mereka bertugas, kalut juga dibuatnya, tapi alhamdulillah dlm pkl 1 mcm tu anis Dah sampai, lega sikit, lbh kurang masa tu juga Tini (kastemer) rani serta kawan-kawannya pun sampai, seronok, borong sakan diaorang, terima kasih kepada kawan-kawan, kastemer-kastemer, serta kenalan-kenalan yang sudi datang ke stall kami, gembira sangat, Tqvvm...

Dan hari ni juga rani telah menjual "Blue Velvet" yang biasanya rani buat " Red Velvet" hihihi, Saja seronok-seronok tukar warna dan ada juga yang datang membeli red velvet cupcakes sebanyak 5 Kali, katanya "kak, sedap la kek ni" Rani tersenyum sambil berkata, Lepas ni memang puas la awak Makan red velvet...

Semalam, Klau tak silap, sepasang suami isteri ke booth, Rani berkata" cuba lah cupcake ni, sedap, namanya red velvet, lantas suaminya menjawab " Akak semalam isteri saya dah makan, tapi lepas Makan dia masih teringat-teringat nak Makan lagi, sebenarnya hari ni saya Dah nk balik, tapi mengenangkan isteti saya nk Makan juga kek ni, jadi saya bawa lah dia datang ke stall Akak sekali lagi " sambil tersenyum rani menjawab, terima kasih, kek ni memang sedap, lagi pun kan awak kt sini sekarang, jadi sebelum balik boleh la dtg lagi, nanti kempunan pula isteri... begitulah penangan red velvet, alhamdulillah, so boleh dapatkan "blue velvet" bermula hari ni kat stall ya =)

Dan ni ada seorang lagi kastemer, dtg dgn kawan-kawannya, dia rasa cupcake coklat, katanya" emmm sedap la" kemudian red velvet pula di rasanya, "eemm sedap la" sambil dia capai bisnes kad dan flyer, sambil dia siap promote bg tau Kat orang lain yang lalu lalang dan singgah Kat stall, "kek ni sedap tau" Tqvm kak, ok gmbar Akak tu serta kawan-kawannya Ada kt bawah... Mekasih kak

Ok, ni la tugas rani hari-hari sebelum ke stall cupcakes dan kt bawah tu gambar si "Baldu Biru" hingga bertemu lagi, daaaa....

0 comments:

 

Rani Canglun Delights Copyright © 2010 Designed by Emila Yusof