Monday, October 31, 2011

.:.Cake Baru.:.

Posted by rani ismail at 2:45 PM 3 comments
Kek-kek baru yang rasanya sgt meruntun jiwa! Ya Allah sgt sedap! Klau wedding cake bole buat kek seperti ini, jawabnya mesti orang datang tak makan nasi kenduri, makan kek saja!

tu hat bawah tu, Nutty caramel walaupun kacang tapi kek nya sedap g**a....adoila...yang Royal caramel pun sangat sangat sedap, dan yang Chocolate fudge serta Chocolate Mascarpone pun sangat wallah rasanya...

boleh buat pilihan kalau nk order ya, empat jenis kek-kek ini adalah kek-kek baru yang dibuka untuk tempahan!  price dan details kt bawah na...


dan satu lagi! 1/2 resipi pun bole order atau buat tempahan!

**ok ni bukan ayat menipu atau saja-saja nk pelaku, tapi nk bg tau sungguh-sungguh na, Nutty Caramel dan Royal Caramel tu klau dh makan duk teringat-teringat ja....sedap ya rabbi =)**






RM 90
1 RESIPI
9"
(sengaja ambil gambar yang meleleh macam ni sbb nampak lebih tempting!)
RM 90
1 RESIPI
9"
RM 90
1 RESIPI
9"
RM 95
1 RESIPI
8"




.:.wedding cake.:.

Posted by rani ismail at 11:32 AM 4 comments
Ni pula wedding cake order dari nurul, warna tema utk weddingnya pink dan pepel...she is so kind...tqvvm nurul...



Chocolate Moist Cake 10" & 7" (filling ganache)
chocolate moist cupcakes (free 25 pcs)
Topping buttercream
Wedding cake package
Free tier cake (pinjam)
Free pisau (pinjam)



"Khas kepada pemfitnah"
***saya masih menggunakan resipi buttercream saya yang sama, dan saya mengajar pun menggunakan resipi yang sama juga, tak perlu membuat fitnah, kerana dosa memfitnah itu LEBIH DASYAT DARI MEMBUNUH, bertaubatlah, carilah rezeki Allah dgn hati yang suci dan bersih, sesungguhnya Allah mengetahui segala apa yang kita kerjakan"

.:.Hantaran cake.:.

Posted by rani ismail at 10:44 AM 1 comments
Order dari ieda utk diberikan kepada kawannya...klau tak silap kt Ombak Klasik Bridal, design ida yang pilih dari design yang pernah rani buat...tanya jugak, tak nak design lain ka? tapi ieda nk yang ni jugak...tqvm ieda...


Chocolate moist cake
filling with ganache
fondant
1.8 kg
7"
RM 180




.:.birthday cupcakes.:.

Posted by rani ismail at 10:33 AM 0 comments
Order dari k.ida...
nk semua chocolate moist cupcakes dgn hanya ganache topping... tqvm k.ida...


Chocolate moist cupcakes
topping with ganache
s size
RM70

.:.birthday cake.:.

Posted by rani ismail at 9:55 AM 0 comments
Assalamualaikum...
birthday cake yang diorder oleh Halim...
tqvm...



Strawberry sponge cake
filling strawberry
buttercream
piping jelly
1.5 kg
8"
RM55 - RM65

Thursday, October 27, 2011

.:.birthday cake.:.

Posted by rani ismail at 7:28 AM 0 comments
Rainbow kek permintaan k.linda utk birthday husna...teruja juga nk membuatnya...first trial lepas balik kelas, tutup buku pi india, dari pi belajar sampai la dah 5 bulan lebih tak buka balik untuk buat kek resipi yang baru....alhamdulillah jadi... =) tqvvm k.linda di atas order...

*kek ini pun sgt sedap! * moist, colourful, buttercream yang sedap!*


.:.birthday cake.:.

Posted by rani ismail at 7:11 AM 0 comments
Order dari shai....tqvvm shai =)

.:.barbie doll cake class.:.

Posted by rani ismail at 7:04 AM 0 comments
Kelas bersama k.aniza lagi... "akak ni buat keja lambat sikit...maaf ya rani.." =) tqvm kak...akak, anak-anak akak kerumun tak tengok kek, hihi =)


Barbie doll cake class
hands on
RM200

.:.chocolate moist cake.:.

Posted by rani ismail at 6:54 AM 0 comments
A'ssalamualaikum... order dari loyal kastemer...kesian waheda, dh nk bersalin baru dapat makan kek...akhirnya dapat juga makan...moga selamat semuanya...amin.. tqvvm

Sunday, October 23, 2011

.:.BISKUT GAJUS.:.

Posted by rani ismail at 5:07 PM 0 comments
GAJUS datang lagi sempena raya korban...yang teringin tak boleh makan masa raya puasa hari tu...hihi, jgn ketinggalan...

BISKUT GAJUS
RM25
50 PCS
TEMPAHAN DIBUKA BERMULA 23 OCT - 1 NOV 2011 SAHAJA!
SELF PICK UP
kalau lambat, HOLIAU!

yang sangat merindui kerangupan dan kesedapan biskut gajus ini, boleh order ya, RM25 sebalang...SEDAP, LEMAK, RANGUP, LAIN DARI YANG LAIN! bila dh makan pasti merinduinya... =)

.:.kelas kek hantaran.:.

Posted by rani ismail at 4:15 PM 0 comments
Akhirnya ana sampai juga ke changlun...
alhamdulillah...lepas ni banyak tempahan berbungakan bunga-bunga ros tanpa kon...ana tqvm sudi datang jauh dari kl... dan juga G, nasibb baik kak rani ada bakar kek extra, klau tak kesian G...huhuhu...tqvm G...


kelas kek hantaran
Hands on
RM250

.:.birthday cake.:.

Posted by rani ismail at 3:40 PM 0 comments
Pakat berjangkit makan chocolate moist cake...hihihi, ni order dari kawan wong sempena birthday kawan-kawannya....

"kakak, saya mau order kek, tapi 2 biji, tapi kecil sahaja, berapa ringgit kak, saya mau yang setengah kg sahaja" saya membalas "maaf, saya tak buat kek setengah kg, sebab saya bukan kedai..., klau nak u bole order atau beli kat kedai sbb mereka buat kek 1/2 kg..." dan saya juga akan bertanya berapa budget mereka, sebenarnya tempahan kek ini adalah tempahan last minit...

ok, so ini lah dua biji kek berkenaan...

.:.hands on (red velvet cake class).:.

Posted by rani ismail at 8:46 AM 0 comments
"Allah is the best planner".... lain yang dirancang, lain yang jadinya...asal nk buat kelas demo, akhirnya lain yang jadi...hihihi, seorang termimpi-mimpi selagi tak belajar kek red velvet , sorang lagi suka sungguh meratah crumble kek dan sambil meratah-ratah cream cheese, kata k.ju, "sedap"

mimi & k.jue

gebu, moist, halus, melt dalam mulut...lagi penting sedap! kena pula dgn cream cheese yang best! terangkat! =)

.:.birthday cupcakes.:.

Posted by rani ismail at 8:34 AM 0 comments
A'ssalamualaikum... adoi kalutnya pagi ini...terlupa sorang lagi nk attend kelas pagi ni, nasib baik ada extra kek tang dah dibakar...huhu...ok, btw ini order azita untuk di berikan kepada suhaili...tqvvm...


chocolate moist cupcakes
buttercream
ganache
s size

Wednesday, October 19, 2011

.:.LEMBUT, GEBU & SEDAP!!!.:.

Posted by rani ismail at 6:54 PM 0 comments



A'ssalamualaikum...
Jam menunjukkan pukul 1.47 minit pagi...hari ni seharian berehat panjang setelah baru pulang dari berkongsi pengalaman dan minat di bengkel serta bakeri Zanaa Enterprise...Alor Pongsu, Perak Darul Ridzuan. Akhirnya dapat juga bertemu rakan sekuliah s emasa diploma dan ijazah dahulu. Zana rupanya sudah 9 tahun kita tidak berjumpa, akhirnya kerana kek dan roti kita bertemu jua...Alhamdulillah, hebatnya susunan dan perancangan Allah...

Zana sudah punyai bengkel aperantis (kek, roti dan biskut) di bawah bimbingan Jabatan pertanian negeri Perak sebenarnya, di dalam penghasilan roti dan kek zana lebih arif, berbanding saya, cuma zana memerlukan sedikit lagi ilmu dekorasi k ek manakala saya pula memerlukan ilmu dan pengalaman zana dalam bidang penghasilan aneka bun dan roti serta pengalaman selok belok bakeri dan bengkel serta hal-hal yang berkaitan... Jadi pertemuan kami memang secara "last minit" kebetulan saya punyai beberapa hari senggang, jadi peluang menambah ilmu dan pengalaman biasanya yang paling saya gemari...lagi pun dah lama tak berjumpa Zana, Kali terakhir kami bersua semasa Majlis Konvokesyen UPM pada Februari 2002, elok sangat la rasanya...tambahan pula kami dalam bidang dan aliran yang sama. "weh aku nk pi kat hang" itulah antara loghat atau bahasa yang saya gunakan semasa menghubungi zana, kata Zana "mai la, hang nak mai bila" balas saya "aku nak pi 17hb ni" balas Zana"minggu depan nk mai ni la, ha "ok" kebiasaanya seorang usahawan atau bekerja sendiri ni hari yang agak kurang sibuk biasanya adalah hari isnin dan selasa begitu la, jadi lebih senang kiranya waktu dan masa begitu kami berjumpa...kan?
=)


Berlegar-legar soalan di kepala, nk naik bas apa ya? tiba-tiba terfikir mara liner, hem ok juga, jadi saya bertolak dari Alor Star ke Parit Buntar menaiki Bas Mara Liner. Dalam kepala saya hanya memikirkan saya nak pelajari bagaimana nak menghasilkan aneka roti yang lembut gebu dan sedap, saya "zero" dlm bidang roti, dan saya rasa macam sukar untuk menghasilkan roti seperti saya idamkan. Saya tidak kisah dan apa resipinya(halal), yang pentingnya saya nk roti yang akan saya hasilkan menepati apa yang saya hajatkan, dan saya rasa Zana pun serupa, mahukan dirinya lebih pakar dlm dekorasi kek khususnya bila dapat berkongsi ilmu dan pengalaman dgn saya....walaupun saya tidak la sepakar mana, tetapi saya juga akan membantunya, insyaallah...

Pertemuan kami adalah saling lengkap melengkapi, saya sangat berpuas hati dapat mempelajari teknik menghasilkan roti dan bun yang gebu, lembut dan sedap, berkongsi tips, ilmu selok belok perniagaan bakeri dan bengkel dan sangat manfaat...dan saya juga berpeluang mencurah sedikit ilmu dekorasi kek terutama icing, fondant dan ganache, harap k ita sama-sama dapat manfaatnya...amin...dan semoga kita sama-sama berjaya, from "ZERO TO HERO" dengan matlamat Allah sentiasa bersama dengan segala apa yang kita kerjakan...

Kepada sesiapa yang berminat di sekitar Perak utk mempelajari aneka roti dan bun yang lembut, gebu dan sedap, boleh menghubungi Suzana Ismail di talian 013 4223094 (Zanaa Bakeri, Bengkel Aperantis Alor Pongsu, Perak) dan ini antara sebahagian aktiviti saya selama dua hari bersama zana, tengok la, ni zana dan saya sedang mengadun dan pelbagai aneka jenis bun dan roti...



Sunday, October 16, 2011

.:.kelas chocolate ganache.:.

Posted by rani ismail at 6:30 PM 0 comments
Kelas kedua yang dihadiri oleh k.aniza, tqvm kak... balik rumah senyum lebaq bawa balik kek merelit merelap =) hihihi, ada rezeki kita jumpa lagi kak... =)

.:.simple cupcakes.:.

Posted by rani ismail at 6:16 PM 1 comments
Tqvm wong...
"kawan-kawan saya nk makan lagi cupcakes krani" antara bait-bait ayat yg terkandung dlm sms wong...kali ni order utk farewell klau tak silap...=) sebenarnya wong nk cupcakes ni petang sabtu, tapi sebab nk keluar jalan-jalan ke Penang, so hantar la cupcakes ni pkl 7.30 pg kt wong...

hope you and ur friends so happy!



.:.kelas cupcake kanak-kanak ribena.:.

Posted by rani ismail at 5:22 PM 0 comments
A'ssalamualaikum...
Dengar tajuk pun "fun" kan...hihi, ok hari jumaat kelas kapkek ber
sama anak-anak staf uum, yang sorang Nini, anak k.yus asma... nini datang kelas dari pkl 10.00 pg hingga 3.30 ptg...nini sgt berbakat dlm melukis, atas kapkek nini lukis cat, bunny, power puff girl =) tak lama lagi khabarnya nk keluarkan komik utk PTS, hero muda klau tak silap =), gud luck nini!

Sebelah petang pula Amal, nana dan nabila pula join kelas kapkek just for fun! kata doc Aina, "kelas just for fun utk conteng-conteng atas kapkek ja k.rani! hihihi, ok jom tengok gelagat mereka kat bawah tu! kapkek penuh satu tray depa picit icing! =) thanks all!


 

Rani Canglun Delights Copyright © 2010 Designed by Emila Yusof