Wednesday, February 29, 2012

kelas cake Mat Hatter

Posted by rani ismail at 6:34 AM
A'ssalamualaikum...
berkampung lagi di kl selama 5 hari 4 malam, tujuannya seperti biasa menambah ilmu demi mempertingkatkan pengalaman dan kemahiran diri. Kali ini berdua dgn Ita my BFF dlm bidang baking, tqvm ita & famili sudi terima rani menginap di kediamannya yang sgt selesa buat rani. Terima kasih Ya Allah atas nikmat yang telah engkau kurniakan, moga kami dijauhkan dari sifat kufur terhadap nikmat Mu...

Sudah lama bercita-cita untuk belajar kelas ini, rasanya hampir lebih dua tahun, sekiranya UK & Australia tu sgt dekat dan rani punyai duit yang terlalu banyak, mungkin dah lama sampai tapi tak mengapa "Allah is the best Planner" kan? Ya Allah suka sangat bila tgk kek berbentuk sebegini, mungkin agak unik (bg diri saya) jadi sejak itu mula menanam cita-cita untuk belajar kek ni. Rani dan Ita sempat bergosip " weh kek ni sgt renyah gila, tgk senang ja buat stripe dia, tapi menguji sungguh"  Kak Naz mengingatkan "Mat Hatter tidak sama dgn Topsy Turvy" rani dan ita sambil berkata "Mat hatter tidak sama dgn Topsy Turvy" ulang kami,  begitulah penjelasan k.naz yang sudah kenal dunia kek seawal umur 18 tahun, yang teringin nk belajar kek ni boleh ke blog k.naz.

Best belajar dgn k.naz, she is sharing person, berbaloi belajar dgn k.naz, terima kasih di atas ilmu yang dicurahkan, tafaddol mashkuro, dan sudah pasti makanan yang dihidangkan juga sgt sedap selama 3 hari belajar di sana, hari pertama Salad (yg ada mcm2 jns sayur + udang + fillet crab), spagetti & laksa johor hari kedua Nasi Bukhara Ayam serta setnya, hari ketiga (air tangan k.naz) asam pedas ikan Jenahak, daging goreng black paper, kacang panjang goreng udang & ikan goreng. K.naz juga pandai masak, famili nya ada yang buka bakeri dan ibunya memang buat catering, "klau balik raya, k.naz la yang akan masak utk famili" jelas k.naz =)

Dalam kelas ini kami juga belajar buat bunga peony dan orkid maksudnya kelas cake mat hatter dan kelas bunga, tapi bg yang nak belajar kelas ni kena belajar kelas basic sharp edges dulu =) pesan k.naz "kek ini dijual RM 700 bagi design biasa tanpa bunga peony atau roses" klau aussie dolarprice dlm RM 2k ++ , mungkin ada yang bertanya dan berkata " siapa la yang nk order kek mahal-mahal ni," kan? bagi rani "apa yang saya belajar bukan kerana order semata-mata tapi kerana saya suka dan nk tau sgt macamana nk buat kek ni, dan yg keduanya ilmu itu tiada nilainya... wallahua'lam... jumpa lagi.... =)

Ita, Rani & K.Naz




My Peony

ita, aku tangkap gambaq kat garden hang nooo, sbb dlm rumah semua lampu yang sgt romantik cahayanya!


1 comments:

Nuri on March 3, 2012 at 5:44 PM said...

cantiknye.. macam hadiah...

 

Rani Canglun Delights Copyright © 2010 Designed by Emila Yusof