Wednesday, February 29, 2012

kelas cake Mat Hatter

Posted by rani ismail at 6:34 AM 1 comments
A'ssalamualaikum...
berkampung lagi di kl selama 5 hari 4 malam, tujuannya seperti biasa menambah ilmu demi mempertingkatkan pengalaman dan kemahiran diri. Kali ini berdua dgn Ita my BFF dlm bidang baking, tqvm ita & famili sudi terima rani menginap di kediamannya yang sgt selesa buat rani. Terima kasih Ya Allah atas nikmat yang telah engkau kurniakan, moga kami dijauhkan dari sifat kufur terhadap nikmat Mu...

Sudah lama bercita-cita untuk belajar kelas ini, rasanya hampir lebih dua tahun, sekiranya UK & Australia tu sgt dekat dan rani punyai duit yang terlalu banyak, mungkin dah lama sampai tapi tak mengapa "Allah is the best Planner" kan? Ya Allah suka sangat bila tgk kek berbentuk sebegini, mungkin agak unik (bg diri saya) jadi sejak itu mula menanam cita-cita untuk belajar kek ni. Rani dan Ita sempat bergosip " weh kek ni sgt renyah gila, tgk senang ja buat stripe dia, tapi menguji sungguh"  Kak Naz mengingatkan "Mat Hatter tidak sama dgn Topsy Turvy" rani dan ita sambil berkata "Mat hatter tidak sama dgn Topsy Turvy" ulang kami,  begitulah penjelasan k.naz yang sudah kenal dunia kek seawal umur 18 tahun, yang teringin nk belajar kek ni boleh ke blog k.naz.

Best belajar dgn k.naz, she is sharing person, berbaloi belajar dgn k.naz, terima kasih di atas ilmu yang dicurahkan, tafaddol mashkuro, dan sudah pasti makanan yang dihidangkan juga sgt sedap selama 3 hari belajar di sana, hari pertama Salad (yg ada mcm2 jns sayur + udang + fillet crab), spagetti & laksa johor hari kedua Nasi Bukhara Ayam serta setnya, hari ketiga (air tangan k.naz) asam pedas ikan Jenahak, daging goreng black paper, kacang panjang goreng udang & ikan goreng. K.naz juga pandai masak, famili nya ada yang buka bakeri dan ibunya memang buat catering, "klau balik raya, k.naz la yang akan masak utk famili" jelas k.naz =)

Dalam kelas ini kami juga belajar buat bunga peony dan orkid maksudnya kelas cake mat hatter dan kelas bunga, tapi bg yang nak belajar kelas ni kena belajar kelas basic sharp edges dulu =) pesan k.naz "kek ini dijual RM 700 bagi design biasa tanpa bunga peony atau roses" klau aussie dolarprice dlm RM 2k ++ , mungkin ada yang bertanya dan berkata " siapa la yang nk order kek mahal-mahal ni," kan? bagi rani "apa yang saya belajar bukan kerana order semata-mata tapi kerana saya suka dan nk tau sgt macamana nk buat kek ni, dan yg keduanya ilmu itu tiada nilainya... wallahua'lam... jumpa lagi.... =)

Ita, Rani & K.Naz




My Peony

ita, aku tangkap gambaq kat garden hang nooo, sbb dlm rumah semua lampu yang sgt romantik cahayanya!


Kelas kek hantaran di Sg. Dua

Posted by rani ismail at 5:00 AM 0 comments
A'ssalamualaikum...
yang bertanya kelas kek hantaran di penang, bole join kelas di Sg. Dua Butterworth ya...


*** bg yang nk menghadiri kelas ini jgn lupa bawa Turn table, apron, flower nail, cake tester, tiga helai kitchen towel, 10 helai piping bag, gunting & pen ***

Friday, February 24, 2012

creampuff + eclairs

Posted by rani ismail at 9:27 AM 1 comments
A'ssalamualaikum...selamat pagi,
Anda peminat creampuff dan eclairs? emmmm...sedap ni, details kt bawah =)

mix creampuff & eclairs
special custard filling
25 pcs
RM 30

Wednesday, February 22, 2012

kelas lagi

Posted by rani ismail at 6:11 PM 0 comments

Kali ni menuntut ilmu lagi... ada sedikit ruang, keupayaan, kewangan dan sokongan dari suami, biasanya rani akan pergi menuntut ilmu, Alhamdulillah, dgn izin Allah walaupun k.ina selalu bz tapi kebetulan ada yang cancel tarikh kelas dgn k.ina, jadi alhamdulillah rezeki rani... =) semalam seharian rani di seremban, pagi tadi dh di changlun.. =) dan esok akan ke kl... =)



lebih 12 jenis bun manis yang saya pelajari

Crunchy salted caramel brownie, sgt sedap, moist, full of nuts, caramel yang sgt best!

saya sgt menggilai sardine puff, sgt sedap!

Portugese egg tart, pun sedap! yang ni kegilaan kanda saya!

Chiken Pie
suka gila-gila, dolu2 saya suka makan kt pusat komputer UPM, masa tu klau tak dak duit x bole makan loooo.. =)



creampuff

Posted by rani ismail at 5:34 PM 0 comments
order dari pija, tqvm pija =)
pija"sdp k.rani, lepas ni nk order eclairs pulak"


Creampuff
special custard filling
25 pcs
RM 30

snow peach + choc moist

Posted by rani ismail at 5:11 PM 0 comments
Tqvm fazlina...

chocolate moist cake
topping ganache
filling strawberry
1.8 kg
7"
RM 80



Snow peach custard cake
filling special custard cream + peach
1.7 kg
8"
RM 80

Sunday, February 19, 2012

wedding cake

Posted by rani ismail at 8:47 PM 4 comments
tqvm yan... suka buat this wedding cake sbb p.i.n.k =)
yan" kek sedap, sat ja licin"







Chocolate moist cake - bottom
filling strawberry
sponge cake - top
filling strawberry
free 16 pcs cupcakes s size
free tier cake
free knife
free delivery sekitar changlun dan jitra
RM 400
 


kelas cream puff, eclairs & pavlova

Posted by rani ismail at 6:29 PM 0 comments
Asalnya kelas ni 8 orang tapi last minit ada yang x dapat datang disebabkab anak tak sihat serta dua lagi ada urusan yang tak dapat dielakkan...tqvm all, gamat siap bukak kelas chat online lagi, sempoi gila..rani suka ejek k.jue, melawak ja tau! =)

x berhenti gelak kelas dgn depa ni, sakit perut...adoss

creampuff ni klau dapat makan confirm 5 biji tak cukup, sedap gila...


eclairs, pun sgt sedap! =)

Pavlovas!


Mini pavlovas!

pavlova yang penuh buah!

kelas fondant cupcake

Posted by rani ismail at 6:03 PM 0 comments
tqvm ros, husna dan farhana..macamana best tak belajar buat figurine? =)








Private class

Posted by rani ismail at 2:27 PM 0 comments
kelas bersama ct...kek red velvet ct order.. =)
ct" kek semua habis licin, sedap "




red velvet yang ct order =)

birthday cake

Posted by rani ismail at 2:20 PM 0 comments
ni order dari kawan my belloved hubby...


Chocolate moist cake
buttercream
1.5 kg
7"
RM 65



Vanilla sponge cake
filling strawberry
buttercream
m & m's
1.3 kg
7"
RM 55

 

Rani Canglun Delights Copyright © 2010 Designed by Emila Yusof